USAHAWAN PERNIAGAAN AKSESORI JENAMA CLASH OF GADGET

Nama

: En Erwan Azraai Bin Mohd Nor

Umur

: 35 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

En Erwan merupakan peniaga yang bergerak sekitar kawasan utara. Beliau menyertai Expo2 seperti Tapak Pesta Pulau Pinang, Gerbang Malam, Bagan Serai dan Expo-expo sekitar Parit Buntar dan Bandar Baharu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai peniagaan bersama Car Boot Sale Bandar Baharu, Beliau cuba memperkenalkan Team Clash of Gadget, namun Clash of Gadget belum dikenali di kawasan ini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui penyertaan bersama Car Boot Sale Bandar Baharu, Persatuan penjaja memberi khidmat kepada mereka untuk insuran kelompok, manakala PI pula mewujudkan platform Page Car Boot Sale bandar Baharu bagi tujuan promosi.

Melalui platform ini beliau mampu untuk menambahkan hasil jualan sekitar Bandar Baharu, kerana Page Car Boot Sale Bandar Baharu dibina bagi menyatukan para peniaga dibawah penjenamaan Car Boot Sale Bandar Baharu.

Peniaga mampu memilih untuk berniaga secara individu, tetapi apabila berniaga secara berkelompok, proses promosi di laman media social lebih mudah dilaksanakan. Persaingan peniagaan di Internet semakin meningkat, tetapi page Car Boot Sale Bandar Baharu berjaya memperkenalkan peniaga-peniaga luar untuk dikenali untuk komuniti setempat.

PI juga mengadakan kelas kepada para pelajar untuk melakukan design peniagaan, kepada Peniaga-peniaga Car Boot Sale Bandar Baharu. Pelajar PI Bandar Baharu memilih promosikan barang-barang yang diniagakan oleh Team Clash Of Gadget. Ini bermakna, dikalangan pelajar, mereka amat mengenali peniaga dari Team Clash of Gadget.

erwan erwan2