USAHAWAN PERNIAGAAN DJ DAN AKSESORI LELAKI

Nama

: En Mohd Zambri Bin Abd Rahman

Umur

: 33 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

En Zambri penjual kecil-kecilan pelbagai jenis aksesori lelaki dan menawarkan perkhidmatan DJ di majlis-majlis keraian yang sesuai. Merupakan AJK bagi CBS Uptown Bandar Baharu. Bersama-sama PI Bandar Baharu dala membangunkan promosi UPTOWN dan Car Boot Sale Dataran Bandar Baharu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berniaga di Gerbang Malam Bagan Serai sahaja, sehingga ada krisis di Gerbang Malam, perniagaan semakin pelahan di Gerbang Malam, beliau mencari tapak baru di Bandar Baharu.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menjadi peniaga setia dataran Bandar Baharu, Pasar Malam Parit Buntar, dan Gerbang Malam Bagan Serai. Melalui Platform Car Boot Sale Bandar Baharu, En Zambri banyak membantu dalam penyediaan tempat berkaitan elektrik dan PA System. Beliau tidak dapat mengenal pasti promosi perniagaan yang sesuai untuk ONLINE, namun Pihak PI cuba mengetengahkan apa peluang perniagaan yang sesuai dilakukan beliau untuk perniagaan atas talian ini.

PI dengan bantuan En Zambri sendiri berjaya memperkenalkan Car Boot Sale Uptown Dataran Bandar Baharu sebagai tempat Santai Ceria Bersama Keluarga Setiap minggu (Hari Jumaat dan Sabtu). Peralatan Wifi Komuniti juga membantu peniaga-peniaga melayari internet dikawasan ini.

ZAMRI ZAMRI2