Aspek keselamatan juga amat diberi perhatian bagi menjamin kesejahteraan komuniti setempat. Hal ini bagi menjamin setiap orang berasa selamat untuk ke mana-mana. Antara institusi keselamatan yang terdapat di Bandar Baharu ialah :


1) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu
    Polis Diraja Malaysia
    Jalan Selama
    09800 Serdang, Kedah
    Tel : 04-4077222 
 
2) Balai Polis Pekan Bandar Baharu
    Polis Diraja Malaysia
    Jalan raya Bandar Baharu
    34950 Bandar Baharu 
    Kedah Darul Aman
    Tel :05-7161222

bpolis

Balai Polis

(Terletak berdekatan dengan Pusat  Internet Bandar Baharu)

 

Rukun Tetangga Kawasan

Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Konsep program ini hampir sama seperti Neighbourhood Watch seperti yang diamalkan di United Kingdom. Sehingga Mei 2006, sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah ditubuhkan di seluruh negara.

Sejarah

Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1975 asalnya untuk menjamin keselamatan penduduk setempat. Satu akta yang dikenali sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75)  telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut.

Pada 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan antara pelbagai kaum di Malaysia. Kemudian pada 2001, fokus program ini sekali lagi bertukar kepada fokus sekarang, iaitu pembangunan masyarakat setempat.


Peranan

Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut.

Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.

                                                                                                                          

Kumpulan Rukun Tetangga Pekan Bandar Baharu,                                                                  

(Biro Rondaan Sukarela)

Penasihat: Mohd Azuan Hj Mohd Hashim - 012-4921915                                                            

Pengerusi Keselamatan: Wahimi Bin Abd. Wahab - 017-4098479                                            

Naib Pengerusi: Ahmad Sufi Bin Hj. Saad - 012-5805773

(Rujukan: PIBB, KRT Pekan Bandar Baharu)