Tarikh

:  20 Oktober 2020

Masa

:  2.30 petang – 5.30 petang

Peserta

:  1 orang

Lokasi

:  Pusat Internet Bandar Baharu 


Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta atau usahawan cara untuk mendapatkan semula akaun perniagaan yang hilang di Platform Internet yang mereka pilih. Kali ini, kami menyelamatkan Email, Password dan No. Telefon untuk Akaun Facebook Perniagaan dan Whatsapp. Mengingati semula Email, Password, No. Telefon adalah perkara mudah, namun perkara inilah Para Peniaga selalu cuai dan akhirnya Platform Perniagaan mereka di internet hilang dan tidak dapat diselamatkan.

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan cara menulis dan menghafal, serta menyimpan satu maklumat penting iaitu EMAIL. Namun para pelajar masih mahu menyimpan maklumat itu di dalam cebisan kertas. Mereka selesa dengan keadaan mereka yang biasa, namun Petugas Pusat Internet terpaksa akur dan menerima keadaan ini pada masa ini. Teguran dan pendedahan telah kita berikan dan sangat bersedia membantu mereka secara berperingkat pada masa hadapan, jika perkara ini masih berlaku. Pusat Internet sentiasa menjadi tempat Usahawan Komuniti Tempatan untuk membuat rujukan dan mendengar aduan.

 Gambar disini