Tarikh |
: 26 November 2023 |
Masa |
: 10.00 pagi – 11.30 pagi |
Peserta |
: 18 |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Membantu usahawan mendaftar sebagai Vendor MISI.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan asas fungsi aplikasi MISI. Peserta diajar mendaftar akaun MISI terlebih dahulu sebelum mendaftar sebagai VENDOR MISI. Setelah selesai mendaftar akaun Vendor MISI peserta diajar cara memuatnaik gambar produk ke dalam aplikasi MISI. Peserta juga diajar cara menguruskan ‘order’ dan ‘refund’ dari pelanggan. Peserta dinasihatkan supaya sentiasa mempromosi dan kongsi link kedai VENDOR MISI di pelbagai platform media sosial untuk menarik lebih ramai pelanggan membeli menggunakan aplikasi MISI ini.