Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence, di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberikan fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
PEDi Pekan Bandar Baharu mula beroperasi pada 01 Disember 2007. PEDi Pekan Bandar Baharu menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berteraskan ICT kepada penduduk setempat. Tujuan utama Pusat Ekonomi Digital ditubuhkan adalah untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat.
WAKTU OPERASI PEDi PEKAN BANDAR BAHARU
PEDi Pekan Bandar Baharu DIBUKA PADA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
WAKTU OPERASI |
9.00am hingga 6.00pm |
BEROPERASI |
1.00pm hingga 2.00pm |
REHAT |
|
12.30pm hingga 2.30pm |
REHAT HARI JUMAAT |
ALAMAT PUSAT EKONOMI DIGITAL PEKAN BANDAR BAHARU
C1, Tingkat Atas Bangunan 2 Tingkat,
Jalan Syariah, 34950, Bandar Baharu,
Kedah Darul Aman.